" Alami kehidupan desa yang penuh kedamaian, jauh daripada kesibukan kota. Segalanya disini - Homestay At-Taqwa."


Inginkan kelainan dalam percutian anda? Homestay Al-Taqwa menawarkan percutian unik, selesa lagi mendamaikan. Berkonsepkan “Bercuti Sambil Beribadah” anda berpeluang menjalani aktiviti percutian dengan menikmati panorama kehidupan desa yang indah dan mempesona, disulami pula dengan alunan -alunan syahdu bacaan al Quran dan hidangan ilmu rohani . Terletak di daerah Kubang Kerian,Kota Bharu, Kelantan, Homestay ini adalah milik penuh Masjid At-Taqwa Mukim Pulau. Lokasinya yang strategik , iaitu hanya 5 km sahaja perjalanan ke Kota Bharu tentu sekali menjadikan percutian anda di negeri Serambi Mekah suatu yang menggamit memori. Anda pasti teruja….Homestay Kelantan.
Homestay At-Taqwa mempunyai 2 unit rumah Semi D 3 bilik .
Setiap unit mempunyai ruang tamu dan dapur serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti sofa, set televisyen, katil, peti sejuk, mesin basuh, cerek elektrik, dapur gas dan penghawa dingin.
Untuk kemudahan aktiviti, satu dewan besar memuatkan kira-kira 200 peserta disediakan.
Amat sesuai untuk acara- acara seperti motivasi pelajar,kem bina insan,hari keluarga,mesyuarat agung dan sebagainya.
Pilihan Homestay anda di Kelantan..Negeri Serambi Mekah.